karangan diri saya

gua = saya = aku = den
                                                            



hai, entri kali ni saya hendak cerita tentang diri saya. mungkin cerita ini membosankan, jadi kalau anda rasa anda tidak mahu baca ataupun rasanya selepas baca akan rasa meluat tentang diri saya, saya sarankan anda gerakkan cursor anda ke hujung atas belah kanan dan tekan butang X.


1. NAMA SAYA


nama saya ialah Herdiaman hagaBen Saragih. nama ini diberikan oleh nenek saya yang tersayang yang membawa maksud mengamankan.



animasi-terbaru-robot-keren
saya suka nama saya, dan seharusnya semua orang suka nama masing-masing. saya lebih dikenali dengan panggilan 'herdiaman'. saya sukakan nama itu kerana ianya mudah dan terdapat di mana-mana ,oleh itu, jikalau sesiapa tersebut salah satu di antara perkataan tadi pasti akan teringat saya. mungkin.


2. MAKANAN KEGEMARAN 


saya sukakan apa sahaja yang sedap di makan. saya tidak makan sayur kecuali sayur yang berdaun seperti bayam. saya rasa saya cenderung untuk menjadi kambing tapi saya tidak kisah asalkan badan saya mendapat khasiat yang cukup.


  1. Gambar mata hewan sapi bergerak lucu

3. TINGGI DAN BERAT


kali terakhir saya menimbang berat dan mengukur tinggi saya, berat saya sebanyak 50 kilogram. manakala tinggi saya pula 159 sentimeter. mengikut penimbang tersebut, berat dan tinggi saya merupakan bentuk badan ideal. tapi saya tidak berfikiran begitu kerana saya mempunyai tayar ganti di bahagian perut.

funnysport

salah seorang daripada kawan saya menggelarkan saya  baddan sispack kerana perut saya yang berlapis lebih dari 2 .


4. HOBI


hobi saya ialah badminton. saya suka meluahkan perasaan saya di dalam badminton sama ada marah, gembira mahupun sedih. namun begitu, saya banyak merepek sahaja tetapi tetap ada pengikut seramai 64 orang. mungkin mereka juga suka merepek seperti saya.



ayat-ayat saya di dalam setiap entri ialah ayat yang sekali lintas di fikiran saya, mungkin kerana itu ianya tidak menarik. anda juga mungkin bosan dengantemplate blog saya yang entah apa-apa. saya tidak berminat dan tidak pandai untuk menghias blog saya dengan gadget seperti peter pan yang berterbangan, tulisan bergerak ataupun hello kitty yang muncul secara tiba-tiba meminta anda menjadi pengikut saya.

trafik saya juga tidaklah begitu sesak dan ianya membatalkan niat saya untuk meletakkan/melanggan/mendaftar  nuffnang.


saya juga suka bermain gitar walaupun saya cuma tahu bermain lagu selamat hari jadi.


5. WARNA KEGEMARAN


saya sukakan warna yang menangkap mata ataupun eye catching. tidak kisah kuning, hijau ataupun lain-lain warna. tetapi tidak bermakna saya suka menarik perhatian orang. ianya adalah kerana warna-warna tersebut menampakkan kesegaran dan keriangan saya sebagai remaja.




tetapi saya tidak pernah ada barang yang berwarna kegemaran saya. saya cuma menggemarinya dan tidak semestinya kita dapat apa yang kita suka bukan?


6. MUZIK 


jenis muzik atau lagu yang saya suka adalah yang bergenre sentimental slow. saya lebih menggemari lagu 80-an berbanding llagu sekarang yang tidak memberi apa-apa makna dan menjerit saja lebih.

saya sukakan lagu yang memberi saya inspirasi dan membawa makna sesuatu kepada saya. bagi saya, lagu boleh mengubah seorang yang sedih menjadi gembira, seorang yang marah menjadi tenang. tetapi setakat ini saya belum pernah dengar lagu yang mengubah seorang normal menjadi gila.


di atas adalah contoh lagu yang saya suka. dia bukanlah penyanyi asal tetapi versi dia sangat menarik.

saya juga sukakan muzik yang terhasil dari bunyi piano kerana ianya sangat menenangkan. namun begitu, saya tidak pandai bermain piano dan tidak terniat hendak belajar piano. hanya suka mendengar sahaja.

saya sangat suka mendengar muzik melalui mp3/mp4/ipod tetapi saya tidak ada salah satu pun daripadanya. sekali lagi, bukan semua benda yang kita suka mesti kita ada bukan? tetapi saya menginginkannya.

angah telah membeli gitar untuk harijadi saya walaupun tarikhnya lambat lagi, saya sangka dia akan membeli saya alat mendengar lagu, gitar yang dibelinya juga tidak menepati citarasa saya. saya mahukan gitar hitam mati penuh. mungkin angah yang sedang membaca ini sedang menyumpah seranah memaki saya tidak bersyukur. hai angah.

animasi bergerak tokoh

7. TAKUT


saya takut mati, itu pasti.


saya juga takut kepada ular kerana pengalaman saya melihat kawan saya di patok ular kopra



selain daripada itu, saya juga juga mengalami ketakutan ketika berada di tempat bersa. saya bertukar sekolah semasa sekolah menengah sebanyak 3 kali dan setiap satunya, hari pertama saya  berada di tempat baru tersebut saya terberak cirit kerana terlalu takut.

saya takut berjumpa orang baru, takut tempat baru, takut dengan semuanya yang baru. saya takut orang tidak boleh menerima dan tidak mahu berkawan dengan saya. oleh itu, bakal kawan-kawan saya di tempat belajar saya nanti, sukalah saya ya, nanti saya takut. ini bukan paksaan.


8. BUAH HATI 


buah hati saya semestinya umi saya yang amat saya sayangi- walaupun saya tidak pernah mengucapkan secara muka ke muka bersamanya.

bagi saya, beliau adalah umi yang paling sempurna. beliau menjalankan tanggungjawab sebagai seorang umi dengan begitu baik sekali. beliau memberi saya didikan agama yang cukup, menjaga makan pakai saya dan segala-galanya. anda jangan pelik dan menyalahkan umi saya di atas sikap saya yang seperti orang tidak mempunyai didikan agama, ianya adalah kerana saya yang tidak mahu mendengar kata.



en. Shahriman, saya bukan tidak sayang kepadanya cuma kami mempunyai hubungan yang amat renggang. tapi jauh, sangat jauh, jauhnya jarak seperti pulau pinang ke johor bahru, terlalu jauh di lubuk hati saya, saya sayangkan dia.


buah hati saya juga adalah opah saya. saya sangat sayangkan opah saya. beliau fasih berbahasa inggeris dan saya selalu belajar bercakap inggeris dengan beliau. beliau adalah seorang yang hebat.

buah hati saya yang lainnya pula ialah angah, mungkin semua sudah tahu. saya sayangkan hubungan kami dan berharap kami kekal selamanya. tetapi saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana jodoh di tangan Allah, takut nanti tidak jadi, saya pula yang bunuh diri.


9. IMPIAN


Impian saya cuma satu. saya ingin menggembirakan ibubapa saya dan memastikan mereka hidup gembira dan senang di masa tua mereka. saya ingin mengumpul duit dan menghantar mereka menunaikan haji, membelikan rumah banglo yang sangat besar untuk mereka dan juga memastikan semuanya cukup untuk mereka.


bahagiakan orang tua di atas ini? saya berharap ibu bapa saya akan gembira seperti mereka di kala tua nanti, tetapi tidaklah dengan umi saya memakai bikini.


saya juga mengimpikan untuk mengililingi seluruh dunia  selepas suami saya nanti mati dan saya sudah pencen. mungkin gara-gara terpengaruh dengan cerita barat.


10. FALSAFAH


saya bukanlah berfalsafah orangnya tetapi saya tidak tahu tajuk apa yang sesuai untuk diletak.

bagi saya, sebagai seorang manusia, kita haruslah mempunyai sifatMENOLONG dan MEMAAFKAN. jika kita mempunyai dua sifat ini, insyAllah hidup kita sebagai manusia yang berbudi pekerti akan berjalan lancar.

saya berpegang kepada 2 perkataan itu di dalam hidup saya tetapi hidup saya tidak lah seindah mana tetapi saya bahagia dengan hidup saya.


11. TIDUR


saya mempunyai tabiat tidur yang sangat teruk. ianya bermula sejak saya tinggal di asrama ketika di tingkatan 2. saya tidur tidak kira di mana saya berada. di perhimpunan, di dalam kelas, di motivasi, di ceramah ataupun semasa menunggu giliran menggunakan tandas.


tabiat itu berpanjangan sehingga sekarang dan saya amat mengkhuatirinya. saya amat menitik beratkan soal tidur. bagi saya, saya mesti mempunyai tidur yang cukup iaitu selama 8 atau 9 jam. setiap kali saya bangun tidur, saya akan mengira tempoh saya tidur berapa lama. jika belum cukup kuota, saya akan menyambung tidur semula.

animasi anjing ingin dibawa pulang ke rumah
kadangkala ianya berlanjutan sehingga 13 jam. saya sudah cuba untuk memperbaikinya tetapi macam biasa, gagal.

saya tidak suka diganggu ketika tidur. bagi saya, waktu tidur adalah waktu yang patut dimanfaatkan sebaiknya. orang yang menganggu orang lain tidur adalah orang yang tidak berhati perut. saya juga tidak suka bergayut telefon di tengah malam membuat supersaver dengan teman lelaki kerana perkara itu sangat tidak mendatangkan faedah dan masa yang dibazirkan itu lebih baik tidur.,


12. KAWAN


saya suka berkawan  dengan orang tetapi saya paling gak suka berkawan dengan orang yang merokok karna saya orang ny gk perokok
apa pun saya gembira dengan hidup saya,

                                                                     

animasi unik asap rokok

konklusinya di sini, anda bosan bukan dengan cerita saya? saya sudah pesan awal tadi jangan baca, jadi bukan salah saya. di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PUAN SALMAH yang mengajar saya bahasa malaysia ketika di tingkatan 5 dengan penuh semangat walaupun saya kurang bersemangat. dengan tunjuk ajar beliau saya berjaya membina karangan tentang diri saya dengan penuh tatabahasa. sekarang baru saya tahu kegunaan belajar bahasa malaysia.



Biar lebih kenal lagi Anda dapat mengunjungi :
facebook saya @ et ea

twiter saya follow ea
Halaman saya Like ea
                                                  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar